03 February 2008

Teknik Asas Multi Level Marketing

INFO NETWORK MARKETING @ MULTILEVEL MARKETING

INTRODUKSI


Tiba-tiba tercetus idea untuk menulis sesuatu berkenaan bisnis Networking atau MLM. Memperkatakan sesuatu yang boleh membantu sesiapa sahaja yang memerlukan. Mungkin info yang disampaikan bermanfaat. Memberi kefahaman. Menjadi panduan yang berguna.

Perkongsian ini dengan penuh sedar dan insaf untuk dijauhkan dari kejahilan. Kerana knowledge is power. Kejahilan penghalang kemajuan. Kejahilan menuju kehinaan dan kehancuran.


Apakah bisnis MLM@ Network Marketing.

Perniagaan yang unik. Pemasaran dengan menggunakan mulut. Berkongsi peluang kewangan. Berkongsi keberkesanan produk. Berkongsi ilmu, teknik dan kemahiran niaga.

Meningkatkan taraf hidup. Merubah masa depan. Merealisasikan impian. Keluar dari kemiskinan. Menuju masa depan gemilang. Bebas kewangan. Menjadi seorang JUARA. Menggilap lebih ramai JUARA. Kehidupan yang sangat bermakna.


1. SENARAI PROSPEK.

Latihan yang pertama. Perlu dibuat secepat mungkin. Gunakan buku diari atau nota kecil. Boleh dimasukkan dalam poket. Sentiasa dibawa setiap masa. Rakan niaga anda mesti tulis seberapa banyak nama kenalan, adik beradik, saudara mara, jiran tetangga, rakan sekolah, rakan sekerja dan sesiapa saja yang baru berkenalan.

Tuliskan lebih 200 nama kenalan. Untuk permulaan lebih 100 nama boleh diterima. Jika latihan pertama ini berjaya. Bermakna dia berminat dengan peluang pendapatan. Jika tidak dia hanya suka menggunakan produk pada harga ahli (discount). Senarai prospek berguna untuk membina rangkaian; memperkenalkan produk atau peluang niaga dan memberi khidmat selepas jualan.

2. 3S; Sales, Sponsor, Service.

Sales iaitu menjual produk, sponsor iaitu menaja dan service iaitu memberi khidmat adalah asas perniagaan pemasaran jaringan atau multi level marketing. Ketiga tiga proses ini tidak dapat dijayakan tanpa senarai prospek.

Sales; menjual.
Proses ini dijalankan melalui cara berkongsi faedah, kebaikan atau keberkesanan produk kepada orang-orang terdekat seperti adik beradik, saudara mara, jiran tetangga, rakan tempat kerja, rakan lama dan sesiapa sahaja.

Sponsor; menaja.
Bila prospek dari aktiviti berkongsi produk tadi ingin membeli produk dengan harga ahli atau ingin mencari pendapatan sampingan, maka mereka boleh ditaja dengan mengisi borang keahlian.
Setelah keahlian disahkan oleh syarikat, maka mereka boleh menggunakan produk pada harga ahli yang lebih menjimatkan. Mereka juga boleh menambah pendapatan dengan berkongsi peluang perniagaan dan kebaikan produk dengan rakan dan kenalan terdekat.

Service; memberi khidmat pelanggan.
Selepas melakukan jualan, satu aktiviti yang sangat penting ialah mendapatkan maklumat dari pelanggan berkenaan produk yang telah digunakan. Banyak perkara boleh membantu pelanggan dari aktiviti ini. Banyak kebaikan kepada penjual atau peniaga multi level marketing dari aktiviti ini juga.

3 . GAME NUMBERS.

Usahaniaga MLM merupakan game numbers. Sangat penting difahami. Bagi mengelakkan rasa putus asa. Tidak perlu kecewa. Jangan marah dengan prospek. Ada 3 jenis prospek; 1) negative@tiada minat 2) menjadi pelanggan@pengguna produk 3) Pembina jaringan@rangkaian niaga.

Dari 10 orang prospek: mungkin 5 orang didapati negatif, mungkin lagi 5 orang positif dan berminat dengan produk atau peluang pendapatan. Dan dari 5 orang yang positif kemungkinan hanya 1@2 orang yang berusaha dan berjaya dilatih mengembangkan jaringan@rangkaian.



4. TIMING.

Aspek ini nampak macam nasib atau kebetulan. Kadangkala masa berjumpa dengan prospek tidak tepat. Manusia ada berbagai perkara yang difikirkan. Ada berbagai perkara untuk diselesaikan. Fahamilah diri prospek. Manusia suka dan perlu difahami. Manusia perlu dihormati. Hubungi semula prospek di lain minggu atau bulan.


5. WORK OF TEACHING

Ramai yang salah faham. Ramai berpendapat usaha niaga MLM hanya jual produk. Hanya menaja. Usaha niaga MLM diumpamakan guru atau jurulatih. Kalau guru di sekolah mengajar ikut sukatan pelajaran. Kalau jurulatih melatih berbagai kemahiran dan ilmu sesuatu bidang tertentu.

Usahawan MLM membantu mendidik dan melatih rakan niaga. Mendidik berkenaan syarikat; berkenaan produk dan keberkesanan, kelebihan plan pemasaran, melatih teknik jualan, teknik menaja, memimpim dan kepimpinan, displin dan berbagai lagi. Syarikat ada mengadakan seminar untuk membantu usahawan.

Duplikasi terhasil dari mendidik dan melatih rakaniaga.


6. WORK FROM HEART.

Lakukan usaha dengan sepenuh hati. Sepenuh perhatian. Memberikan focus atau tumpuan kepada keperluan prospek. Usaha menyampaikan peluang niaga. Usaha menyampaikan kebaikan produk. Prospek perlu dapat mengesan keikhlasan. Matanya melihat. Telinganya mendengar. Hatinya dapat menilai.

Keikhlasan memancarkan aura yang positif.



Perbandingan pendapatan dengan umur bagi makan gaji


Katakan pada tahun 2008 anda mula bekerja pada umur 25 tahun. Pendapatan sebulan ialah RM 3,000.00. Anda bekerja dengan bersungguh-sungguh, tekun menjalankan tugas. Anda melaksanakan projek syarikat dengan berjaya dan maju. Anda melatih ramai pekerja baru hingga mampu mereka mampu berdikari. Anda balik rumah pada jam 10.00 malam setiap hari.

Bolehkah syarikat menaikkan gaji anda sebanyak RM 1,000.00 sebulan pada tahun depan menjadi RM 4,000.00 bila umur anda 26 tahun. Seterusnya dinaikkan lagi RM 1,000.00 pada tahun hadapan menjadi RM 5,000.00 sebulan pada umur 27 tahun. Bermakna pada umur anda 30 tahun pendapatan anda RM 8,000.00 sebulan.

Perkara ini tidak akan berlaku kerana ada ramai lagi pekerja yang akan minta di naikkan gaji seperti anda. Ini boleh merugikan syarikat. Dengan niaga MLM @ Network Marketing pendapatan di atas boleh dicapai. Malahan boleh berkali-kali ganda.



No comments: